Macam mana nak cuci Penapis angin yang reusable.
Kalau korag pakai K&N drop in ataupon open pod ataupun Simota semestinya nak kena cuci. Kadaran masa untuk cuci penapis angin bergantung kepada keadaan persekitaran. Cuci penapis angin korang sekurangnya dalam 15000 ke 20000 KM. Aku pakai K&N drop in utk kete aku so aku tunjuk kat bawah ni K&N nyer filter lah, Material yang aku guna utk cuci tu bukan K&N nyer cleaning kit , tapi KW cleaning kit.
Apa beza dengan K&N cleaning kit itu aku tak tau tp yang penting yang ni lagi murah dan bila cuci tu bersih. Mana nak dapat cleaning kit ni.. aku beli kat kedai abang.
Joooommmm Cuci dulu..
1. sembur air filter dengan cleaning solution untuk buang minyak kat filter tu.
Sembur dengan rata kat blakang dan depan filter.
2. Biarkan dalam 10 ke 15 minit untuk solution tu bekerja.
* Aku rest kan dia selama 15 minit
and mmg minyak tu semua klua bila basuh.
3. Selepas 15 minit basuh filter tu dengan air paip dari sinki atau dari sumber yang tak laju.
water jet, atau yang seumpamanya harap dielakkan. itu semua blh menyebabkan elemen filter terkoyak.
Basuh dari arah dalam dahulu sampai semua minyak dah keluar dan kotoran dekat bahagian depan atau luar dah hilang. ini bagi mengelakkan kotoran masuk ke dalam elemen filter dan sangkut kat situ. kemudian bilas dari arah luar filter. Bilas sampai bersih dan filter akan berwarna seperti dalam gambar bagi filter K&N yang merah.
4. Kering kan filter dengan menjemur pada kadar suhu bilik ataupun dengan meletakkan filter dibawah tempat yang berbumbung. elakkan dari jemur dibawah cahaya matahari secara terus.
Goncang filter untuk mengeluarkan air secara lebih cepat, ini boleh dilakukan beberapa kali bagi mengeluarkan air dan mempercepatkan pengeringan. JANGAN KERINGKAN GUNA HAIRDRYER ATAU COMPRESSED AIR (sembur angin macam pomen duk buat tu laaa). Hairdryer akan meneyebabkan cotton dalam filter tu rosak dan getah tu cepat rosak.
Compressed air menyebabkan elemen filter koyak atau berlubang.
5. Setelah kering, kita kena re-oil ataupon letak minyak kat filter tu.
Gunakan minyak yang di sarankan. selain dari minyak ini keberkesanan tak dijamin dan mungkin boleh merosakkan filter, throttle body dah enjin.
Tuang minyak dari botol dengan merapatkan mulut botol ke jaring besi filter dan tarik perlahan-lahan dari atas kebawah untuk setiap jalur filter. Pastikan minyak betul-betul meresap di setiap jalur dan biarkan selama 5 minit. Periksa setiap jalur dan pastikan semua diliputi dengan minyak dan jika ada yang tertinggal titiskan atau ulang proses sehingga semua diliputi minyak.
6. Ok dah siap.. pasang balik filter macam biasa.